Showing posts with label Ingat-mengingati... Show all posts
Showing posts with label Ingat-mengingati... Show all posts

Monday, November 15, 2010

pesan-memesan.. ingat-mengingati

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Wednesday, November 3, 2010

semoga Allah memaafkan kawan-kawanku


weekend lpas aku lepak dgn jemaah tabligh..diorg brckap2 psal akhirat.. dunia pn ade sket2..tp walau bab dunia.. walau tersinggung psal kesalahan org len secara umum.. mereka menyalahkan diri mereka sndri yg blum mmpu menasihati dan mencegah kesalahan kesalahan trsebut.. unik.. dan itulah yg dikatakan dlm al-Quran.. "jikalau kamu melihat kemungkaran.. cegah la dgn tgn.. jika tdak mmpu.. cegah dgn kata-kata.jika tdak mmpu cegah la dgn hati membenci perbuatan itu.. sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.. "

-cegah dgn tgn bkan brmaksud gi tampar org yg wat maksiat.. tp tarik tgn nya.. ajak die berubah-

-selemah-lemah iman adalah apabila membenci perbuatan mungkar didepan mata.. mmm.. kalo tgk awek pkai skirt adakah kita membenci atau menyukai?????... so,adakah iman kita lemah atau dah xde.. muhasabah diri di petang yg hening.. -

Friday, October 22, 2010

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi




menurut budak2 tadika.. tadika x best.. sbb mak ayah kene anta gi tadika.. mana bleh bwak basikal lg mcm bdak2 skolah..

kata budak skolah rendah..x best la skolah rendah.. nak usya awek pn segan sbb awek sume tinggi2.. kitorg baligh lambat.. erkkk..

keluhan budak skolah menengah.. isk, x best la skolah menengah.. blajar susah.. banyak peraturan.. nak isap rokok xleh kat skolah...dah kene start pikir masa dpan.. masa skolah rendah n tadika dulu rilek jek 24jam main.. paling2 kene sebat kat paha..

rungutan budak u.. alaaaa.. xbest nye blajar.. pening kpala.. kene hafal itul.. kene hafal ini.. nak bersosial lg..mmber2 ajak lepak,asignment x siap lg....dh kerja mesti best.. leh enjoy jek duit bnyk...

monolog org dewasa dh kerja.. arghhh,kerja banyak..x padan dgn gaji.. hutang itu.. hutang ini.. sewa rumah xbyar lagi.. zaman skolah dulu lg best.. x pyah pikir sume ni.. apa daa...

kesimpulannya.. manusia x pernah syukur dgn apa yg ada....

Sunday, September 19, 2010

patient.. come to me...

kita taw langgar perintah Allah tu dosa..
tp kita still buat..
kita taw dgr azan tp x pergi sembahyang jemaah tu dosa, tp still buat..
kita taw dunia ini sementara, tetapi still leka dgn nikmat yg x seberapa..

Allah menjanjikan syurga untuk makhluknya yg ade walau sekecil zarah iman dlm diri nya..
tetapi adakah dgn smayang x kusyuk, smayang just amek syarat, al-Quran sekadar perhiasan.. tu sume dianggap ada iman dlm hati?????

peringatan untuk diri aku......

Thursday, September 2, 2010

baca jap..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

sekadar copy paste utk renungan bersama..

Saturday, August 28, 2010

gundah gulana


: semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita, tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini, sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..

Sunday, August 15, 2010

selamat berbuka puasa

apa beza bulan Ramadhan dgn bulan lain kalo

- amal sume sama jek.. xde berubah.. sedangkan amal di bulan Ramadha dijanjikan Allah dilipat gandakan pahala..
-bulan Ramadhan hanya pada suasana berbuka puasa dan ke bazar ramadhan.. malam kalo rajin solat terawih..
- Dosa tetap tak ditinggalkan... syaitan dh xde..so, sapa yg bertanggungjawab kalo tetap wat dosa??...

sekadar peringastan untuk diri sendiri..

Saturday, July 31, 2010

malam minggu


Tatiana,gadis asal Slowakia itu terbuka hatinya kepada Islam selepas mendengar suara azan kala berkunjung ke Kairo, Mesir. “Ketika mendengar suara azan, jujur saja, saya merasakan getaran-getaran aneh dalam hati. Ketika itu saya seakan terhipnotis dan tak mendengar suara lain kecuali suara yang berkumandang melalui menara masjid itu,” akunya.

banyak lagi contoh mcm tu..
tapi org yang Islam automatik (sejak kecil dari mak bpak) boleh main2 masa dgr azan..

Friday, July 23, 2010

boleh kenduri arwah????

Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.

Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersabda: "Persiapkan makanan untuk keluarga Ja'far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)." - Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.

Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157
) perlu disokong dan dibantu.

Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.

"Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam," katanya yang dipetik dari laman web tersebut

Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.

Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah

Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.

Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.

Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya."

"Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.

"Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya." ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk 'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.

"Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.

"Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, " kata Nik Aziz.

Kenyataan pahit dan mengejutkan

Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.

"Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah," katanya

"Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian," katanya lagi

Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

"Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?" katanya membangkitkan persoalan. Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.

"Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya," katanya.

Tuesday, July 20, 2010

apa salahnya baca...


Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.



Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk pelbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Monday, June 21, 2010

walaupun panjang.. bacalah skejap..

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya
belakangan ini selalu tampak murung.

"Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di
dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" sang Guru bertanya.

"Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk
tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sang
murid muda.

Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.
Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."
Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan
gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana
yang diminta.

"Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata
Sang Guru. "Setelah itu coba kau minum airnya sedikit."
Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air
asin.

"Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.

"Asin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih
meringis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis
keasinan.

"Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat
tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau."
Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa
bicara.

"Sekarang, coba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil
mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir
danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan
membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin
dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya
kepadanya, "Bagaimana rasanya?"

"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan
punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber
air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.
Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang
tersisa di mulutnya.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan
meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya,
membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah
dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.
Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus
kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai
untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang
dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun
demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang
bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi Nak, rasa `asin' dari penderitaan yang dialami itu sangat
tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya
tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu
jadi sebesar danau."

tetapi..
Hati yang besar sahaja tidak cukup memberi kebaikan jikalau hati itu keras atau mati.
Seumpama seperti tidurnya di atas katil emas yang tidak menjamin mimpi yang baik.

Bukan sekadar menukarkan gelas menjadi qalbu tetapi menghidupkan qalbu itu untuk
menerima dan menadah sebanyak mana ilmu yang Allah kurniakan.Hanya hati yang hidup,
yang jaga (yakhodo) dan yang bersih dari segala gelap zulmah sahaja mampu membesar
mengikut besarnya ilmu yang masuk ke dalam sanubari.

Jikalau hati itu keras,gelap malah mati..ia juga tidak ubah seperti gelas.Cuma yang mebezakannya
ialah gelas itu akan tetap menjadi benda yang mati manakala hati yang digilap dengan zikrullah akan
hidup dan bersedia menerima tarkiyyah,sebesar mana..sebanyak mana.. selagi tiada ghaflah.

insyaAllah kita sama-sama jadi "gelas" yang punya mata hati...bersandarkan iman dan aqal... aamiin aamiin aamiin

"Hati yang tak punya mata hati tidak pernah puas dengan sebarang jawapan dalam memahami sebarang keadaan...tetapi hati yang kenal mata hatinya, tidak memerlukan sebarang jawapan untuk memahami keadaan..."
ALLAHu'alam...

Wednesday, June 9, 2010

Ya Allah.. ampunkanlah aku..


Katakanlah (wahai Muhammad):

“Jika bapa-bapa kamu,

dan anak-anak kamu,

dan saudara-saudara kamu,

dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu,

dan kaum keluarga kamu,

dan harta benda yang kamu usahakan,

dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,

dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya

dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya,

maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);

kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). –

Al-Quran

Surah At-Taubah

Ayat 24,

Saturday, May 29, 2010

esok hari sabtu


Dari Anas ra. berkata: Rasulullah saw. pernah bersabda, "Seandainya kamu sekalian mengetahui apa yang aku ketahui niscaya kamu sekalian akan sedikit tertawa dan pasti akan banyak menangis". Anas berkata lagi: Maka para sahabat Rasulullah saw. menutup mukanya sambil menangis terisak-isak. [HR Bukhari dan Muslim]

Sunday, May 23, 2010

jose mourinho jadi coach Terengganu plak..

Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]


Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

sampaikan ilmu walaupun satu ayat...

Friday, May 14, 2010

Hafiz Hashim... hmmmm....


solat adalah tiang agama
jika kita meninggalkan solat..
bermakna kita meruntuhkan agama..
cara solat yang bagus adalah solat Nabi Muhammad
iaitu
1- di awal waktu
2- di tempat azan kedengaran
3- secara berjemaah

selamat beramal...

Wednesday, March 31, 2010

ciri-ciri orang CERDIK, BODOH , HINA dan GILA...

orang CERDIK...
orang yang sentiasa mengingati mati...
mengingati mati akan memusnahkan segala nikmat dunia..

orang BODOH..
merugikan modal yang ada...
ada modal HARTA, tetapi dibelanjakan untuk benda tidak bermanfaat..
ada modal MASA, tetapi digunakan untuk benda lalai..
ada modal TENAGA, digunakan untuk kerja sia-sia..

orang HINA..
"bagi Allah...dunia ini hanya bernilai sebelah sayap nyamuk... sekiranya dunia bernilai bagi Allah, nescaya orang kafir tidak akan dapat minum walau setitik air"
orang yg hina adalah orang yg menjadikan dunia segala2 nya... hina disisi Allah..

orang GILA..
mempunyai tujuan yang betul.. tetapi salah jalan...
hendak ke Mekah, tetapi menuju ke Yaman.. sampai Kiamat tdak akan sampai ke Mekah..
begitu juga kita.. tujuan nk dapat syurga di akhirat.. tetapi jln yg dilalui menuju neraka..

hanya pesanan utk diri sendiri.. moga dijadikan iktibar semua...

Tuesday, March 23, 2010

semoga hari esok lebih baik dari hari ini..


" saya tahu smayang di masjid banyak pahala... semua orang tahu.. sejak skolah rendah lagi kite di ajar mcm tu.. yg penting hati... xpyah la nk ajak2 orang gi smayang masjid.. saya dh tahu dh semua itu...jangan nk mengajar saya.. bila orang azan, tu maknanya dh ajak orang gi masjid.. kalo xnk pegi.. biarkn saja... "


moga sapa2 yang membaca ni tak termasuk dalam golongan ini... aminnn..

Tuesday, March 2, 2010

matilah dalam agama...

sibuk lah kamu untuk agama,
kerana jika tidak,kamu akan sibuk juga, tetapi sibuk dengan urusan sia2..

gunakanlah harta kamu untuk agama,
kerana jika tidak, harta kamu akan habis juga.. tetapi dengan benda sia2..

luangkan masa mu untuk agama,
kerana jika tidak, masa kamu akan terbuang juga.. tetapi dengan perkara sia2..

mati lah kamu dalam agama,
kerana jika tidak, kamu akan mati juga.. tetapi mati dengan sia2....
nauzubillah...

Tuesday, February 9, 2010

janji Allah itu pasti..

ada seorang raja yang mempunyai empayar yang sngt luas..
segala perintah raja ini semua org mesti kene ikot..
satu ari, raja ini tlah mndapat seorang putera lelaki..
maka, teramat sayangla raja ini kat putera nya itu..
sygnya putera baginda melebihi segala2nya..
raja itu snggup bg apa saja kat putera itu..
n snggup hukum sapa saja yg wat putera nya sedey,..

suatu pagi..
putera raja itu bermain2 di taman..
die tertarik satu lubang besar yg sngttttt dalam..
di tepi lubang itu ade mcm dinding tp x tggi mana sngt..
bg seorang bdak hingusan.. bnde itu amat ajaib..
lebey2 lg bg putera raja..
tp bg org dewasa.. bnde tu dipanggil PERIGI..

seorg tukang kebun melihat putera itu bermain disitu..
tp diam saja tnpa melarang..
putera itu makin berani.. di naiknya benteng perigi..
tkng kebun diam jugak..smbil tekun membuat kerja2 di taman..
tiba2 putera itu jatuh dlm perigi...

3 hari putera x jmpe2.. hilang..
raja mengamuk.. ditnya semua org...maka tkang kebun itu berkata la..
putera raja terjatuh dlm perigi..
setelah diangkat mayatnya..
raja amat murka.. merah padam mukanya...
ditanya kepada tukang kebun..
knapa x halang puteranya main di tepi perigi??
jwb tukang kebun.. "hamba turut perintah tuanku dengan membuat kerja dgn baik dan jujur"
tp adakah raja bleh terima jwapan tkang kebun itu?
agak2 apa nasib tukang kebun itu??

----------------------------------------------------------------------------------------
sama jugak la dgn ummat manusia akhir zaman ini..
di akhirat tuhan akan tny kepada semua org..
"skrg rmai yg bermain di tepi2 perigi neraka.. melakukan maksiat..
knapa kamu semua tidak melarang... mereka yg bermain di tepi2 neraka itu juga makhluk Allah juga..."
adakah kita akan menjawab "sy hanya melakukan apa yg disuruh oleh Allah.. smayang, zakat, haji.."
bgaimana pula kwn2 yg slalu melakukan perkara dilarang Allah???..

sekadar mengingati..
untuk mencegah maksiat.. dgn 3 cara
pertama dgn tangan.. kalo x mmpu, dgn kata2.. jika x mmpu juga, dgn hati (mengutuk perbuatan itu dan meminta Allah supaya kita tdak melakukannya juga)
dan sesungguhnya selemah2 iman adalah dengan menggunakan hati...

Thursday, January 21, 2010

takziah

Awan Awan Menghitam
Langit runtuhkan dunia
Saat aku tahu ternyata akhir ku tiba
Mengapa semua menangis
Padahal ku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan
Reff :
Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia diharinya
Berikan dia hidup
Tuhan terserah mau-Mu
Aku ikut mau-Mu Tuhan
Ku catat semua ceritaku
Dalam harianku


lagu feveret aku sekarang ni..
aku xleh nk upload sbb pkai broadband jek..
so sila ke youtube ni jek k... xpon download la mana2 tajuk "catatanku - Melly Goeslow ft Baim "

takziah kepada Khairina yang bapanya telah meninggal dunia..
semoga arwah ditempatkan bersama2 roh orang2 beriman...
kepada Keyna,kuatkan semangat.tabahkan hati..ajal maut di tgn tuhan..
Al-Fatihah......