Katakanlah (wahai Muhammad):
“Jika bapa-bapa kamu,
dan anak-anak kamu,
dan saudara-saudara kamu,
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu,
dan kaum keluarga kamu,
dan harta benda yang kamu usahakan,
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya
dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya,
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). –
Al-Quran
Surah At-Taubah
No comments:
Post a Comment