Sunday, May 30, 2010

saya anak Malaysia


Tahun itu adalah tahun mereka. Pada setiap hari yang mereka lalui, mereka berharap semoga piala dunia tahun ini adalah milik negara mereka. Pasti... tahun ini adalah tahun milik Sepanyol. Pasti! Itulah kegembiraan dan itulah harapan rakyat Sepanyol kerana piala dunia tahun itu berlangsung di sana. Tanpa mereka tahu, mereka sekali lagi akan kecewa.

Jauh di Amerika Selatan, skuad yang dicanang-canangkan sebagai skuad paling berbakat di dunia sedang gigih menjalankan persiapan. Tidak ada yang kurang. Mereka ada Junior, Falcao, Socrates, Zico, Serginho dan Eder. Semua serapah sudah cukup cuma belum diuji di padang rumput.

Brazil 1982 - penuh bakat

Kembali ke Eropah, di sebuah stadium yang kosong di Itali, kelibat seorang pemain yang bakal menggegarkan piala dunia tahun itu sedang gigih berlatih. Dia bukan sandaran utama tetapi sesuatu akan terjadi, sesuatu yang akan menobatkannya menjadi lagenda yang bernama Paolo Rossi.

Rossi, tengah tak sedap hati.

Jauh di Argentina, pekik tawa pemain bercampur baur dengan satu semangat, semangat mahu mempertahankan Piala Dunia 1978. Di sebalik kelibat pemain-pemain yang penuh semangat itu, terselit seorang legenda yang sedang dalam pembikinan. Piala dunia tahun itu adalah yang pertama untuknya, piala dunia yang akan mengajarkan erti perjuangan, dan hari-hari Deigo Maradona pun semakin hampir.

Maradona, kalau cikgu disiplin sekolah nampak, siap rambut dia

Di Eropah Barat, di hujung padang berdiri satu susuk pemain, memandang jauh ke langit Perancis. Dia sedang memasang azam yang kukuh. Dia mahu menjadi yang terbaik dan dia mahu menjadi yang paling hebat. Dia mahu menunjukkan kepada dunia siapa Michel Platini.

Platini, agak kacak

Sementara itu jauh di hujung benua Asia. Di sebuah negara yang masih memegang kuasa pengeksportan getah dunia, seorang lelaki menatap akhbar dengan wajah yang kecewa. Tahun itu, Kementerian Penerangan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos siaran langsung Piala Dunia 1982.

Mungkin kerajaan mahu berjaga-jaga ekoran kos pilihan raya umum 1982, ataupun mungkin juga perbendaharaan sudah berkurang kerana gigihnya kerajaan melaksanakan Projek Serbuan Subuh, membeli semua saham Guthrie di pasaran saham negara penjajah Mungkin juga kerajaan tidak mahu adanya judi sukan.

Mungkin juga kerana Kementerian Penerangan tahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ada televisyen. Jauh di pinggir Sarawak dan Sabah, masih ramai rakyat yang lebih khuatir berkenaan tanaman koko dan kelapa mereka. Ada waktu penduduk itu menenangkan hati dengan meminum kepala ataupun mengulum biji koko mentah yang masih manis. Namun, tidak ada siapa pun tahu apa sebab sebenarnya.

Lelaki yang kecewa itu pantas mencapai kertas dan pen. Dia mahu berbuat sesuatu. Biarlah kerajaan dengan masalahnya. Biarlah rakyat yang lebih gemar di kebun koko dan kelapa bergelumang dengan nyamuk, tetapi dia tetap mahu siaran langsung Piala Dunia 1982. Tidak mungkin dia sekadar duduk sambil mengharap Dr. Mahadir membuat sesuatu. Tidak mungkin....

Lalu pada suatu hari yang baik, sebuah akhbar menyiarkan surat lelaki itu. (khabarnya lelaki itu adalah wartawan NST)..Sekiranya kerajaan tidak ada wang, jadi biarlah kita rakyat Malaysia yang menyumbangkan wang. Entah daripada mana semangat itu datang, tanpa mengira kaum, agama dan parti, kesemuanya menyokong cadangan itu. Satu dana dibentuk, curahan wang datang mencurah-curah. Semuanya demi Piala Dunia 1982.

Jauh sebelum Najib melaungkan 1 Malaysia, rakyat Malaysia sudah bersatu. Hampir dua juta sudah terkumpul namun ia masih jauh daripada sasaran. Pada saat penuh emosi itu akhirnya syarikat swasta tanpa diarah-arah melangsaikan selebihnya. Rakyat Malaysia tersenyum, dunia memandang kagum.

Pada 13 Jun 1982, beberapa minit sebelum perlawanan sulung Argentina menentang Belgium, pada saat semua televisyen dunia dikuasai iklan para penaja, di televisyen Malaysia terbit satu rangkaian kata-kata penuh keramat.... SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.


bukan kesemua perlawanan yang ditaja oleh rakyat malaysia. hanya perlawanan-perlawanan pusingan kedua dan juga melibatkan 'kumpulan maut' di mana brazil, argentina dan italy yang dipilih untuk ditayangkan ketika itu. 2 perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir pula ditaja oleh sebuah syarikat korporat.

hanya ada 6 (xtaw btol ke x) perlawanan yang dipilih memandangkan jumlah wang yang dikumpulkan pada peringkat awal tidak mencukupi dan pemilihan lebih berkisar pada perlawanan 'group of death' sahaja. (perlu dimaklumkan, piala dunia ketika itu menggunakan format berbeza. selepas peringkat pertama, 12 pasukan akan dipecahkan kepada 4 kumpulan di mana pemenang akan layak ke separuh akhir

pada peringkat separuh akhir, dana sudah susut dan pelancaran untuk memenuhkan dana dimulakan semula, dan di peringkat ini, salah satu syarikat rokok telah bersetuju untuk menampung dana tersebut dan rakyat malaysia sudah tidak perlu lagi menghimpunkan duit untuk menyaksikan pertandingan piala dunia lagi. memang ketika itu, piala dunia hanya boleh diikuti dengan berita=berita di akhbar sahaja dan konsep menyaksikan perlawanan secara langsung begitu asing. hanya perlawanan antarabangsa yang melibatkan pasukan negara yang bermain di stadium merdeka yang disiarkan ketika itu. selepas piala dunia 1982 itu barulah perlawanan=perlawanan bolasepak antarabangsa dapat diikuti hasil dari tajaan syarikat korporat terutamanya syarikat pengeluar rokok.

malaysia ketika itu tidak semewah sekarang. pada 1982, malaysia ketika itu masih sebuah negara berasaskan pertanian, mahathir baru mula menggerakkan negara menjadi sebuah negara perindustrian yang kita ada seperti sekarang.

Pada tahun 1982, rakyat Malaysia akhirnya mampu melihat bagaimana barisan penuh bakat Brazil tumpas pada permainan penuh disiplin milik Itali. Pada waktu yang sama harapan rakyat Malaysia bagi melihat kebangkitan Algeri berakhir dengan kontroversi. Austria dan Jerman dituduh berkonspirasi menidakkan peluang Algeria, negara kecil yang membuatkan penduduknya histeria.

Skuad Jerman Barat yang sistematik dan kolar jersi pun boleh tahan lebar

Pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung perlawanan terhebat piala dunia 1982, Jerman Barat seri tiga sama dengan barisan yang dikemudi pemain penuh inspirasi Michel Platini, yang akhirnya, impian Platini lebur kerana penalti.

Pada waktu itu jugalah buat pertama kali rakyat Malaysia melihat kelibat bakal legenda dunia, Deigo Maradona yang diberikan kad merah kerana darah mudanya. Dan pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia melihat kelincahan pemegang kasut emas Piala Dunia 1982, Paolo Rossi membenamkan Jerman pada perlawanan akhir.

Namun, pemenang utama Piala Dunia 1982 adalah rakyat Malaysia.


p/s.. aku just copy paste dari sokernet.blogspot.com b4 dis xtaw menahu.. aku idup lima tahun lpas tu.. ayah mybe terlupa kot nk crite.. balik nnti nk tny.. haha.. (hopefully crite btol la ni sbb website tu mmg gila2)

glory malaysia glory.. semangat mcm ni yg kite nak.. semangat usaha sndri jgn mengharap sponsor jek... huhu..

Saturday, May 29, 2010

esok hari sabtu


Dari Anas ra. berkata: Rasulullah saw. pernah bersabda, "Seandainya kamu sekalian mengetahui apa yang aku ketahui niscaya kamu sekalian akan sedikit tertawa dan pasti akan banyak menangis". Anas berkata lagi: Maka para sahabat Rasulullah saw. menutup mukanya sambil menangis terisak-isak. [HR Bukhari dan Muslim]

Thursday, May 27, 2010

jual beli besi terpakai



there will always be those
who try to steal your dream
by laughter or criticism.
they cannot understand what
drives you to always want more

in safety, there is no failure
neither is there success
only by taking the risks
that others tear
can you achieve greatness.

change can be frightening
but only by changing
can you experince growth
only by challenging yourself
to do what seems impossible
can you ever know how much
you can achieve

there is only one key
to SUCCESS
never quit until you win
it may require a lot of changing,
but you can do it
the seed of greatness
lies within you
nurture it, and there
will be nothing you can't do

kak long aku bagi kad yg ada kata2 ni masa nk PMR dulu die sruh fahamkan maknanya.. seyes aku x faham masa tu.. hoho mmg x pndai BI... apepon sama2 hayati kata2 ni.. sambil trus berangan2 berfikir masa depan.. keh2..

Sunday, May 23, 2010

jose mourinho jadi coach Terengganu plak..

Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]


Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

sampaikan ilmu walaupun satu ayat...

Saturday, May 22, 2010

berlari2 ku mengejar mimpi...

--MALE--
Tujhe dekha to yeh jaana sanam
Pyaar hota hai deewana sanam
Tujhe dekha to yeh jaana sanam

(Tujhe dekha to yeh jaana sanam
Pyaar hota hai deewana sanam)
Ab yahan se kahan jaaye hum
Teri baahon mein mar jaaye hum

--FEMALE--
Tujhe dekha to yeh jaana sanam
Pyaar hota hai deewana sanam
Ab yahan se kahan jaaye hum
Teri baahon mein mar jaaye hum

--MALE--
Tujhe dekha to yeh jaana sanam

Friday, May 21, 2010

bersedia atau tidak.. bolos saja dinding ituuuu,,,

burung2 berkicauan..
berselang seli dgn deruan angin..
rambutku turut sama berterbangan mengikuti rentak angin..
namun semua hanya dlm imaginasi..
sbb ketika makan kedai tepi jln, yang ada hanyalah debu dan bunyi bising..

dipendekkan cerita yang tentunya sudah pendek,
maka gerangan tuan kedai (bernickname PAEM ,usia dirahsiakn) bertanya kepada member di sebelah mengenai satu botol susu..
ingat kwn2..susu.. bukan susu baby mhupun susu cap gantung..
tp susu lemak berkrim...

hatta sekaliapun PAEM ini telah dipromote kan satu produk susu dari Malaysia..
dgn berharap air teh tarik yang dibuat nnti persis teh tarik Malaysia, PAEM teruja untuk mencuba..

namun, setelah diletili oleh kami... di belek2 tin susu itu..
digoncang2.. di bau..
FOYU????...
mmmm, setahu aku yang baru sebulan pulng dari tanah air tercinta, xde plak jenama tu,...
maka kami mempersoalkan kesahihan susu itu kepada salesman..
namun apakan daya, si PAEM lebih memilih susu itu dari kami..

sebagai kesimpulan cerita di atas.. maka dapatlah saya merumuskan..
-ade ke cap FOYU kat Malaysia??
-mmg ade tulisan buatan F&N, kilang kat Selangor.. tp??? mmm??
-boleh ke keluaran Malaysia xde logo buatan Malaysia tu??

sama2 renungkan...

p/s.. sapa ade gigi berlubang???... hubungi aku... :D


jejanka yang bernama paem.. sorry pak upload pic kat sini..

Thursday, May 20, 2010

Pada suatu malam yang hening sambil ditemani lagu Blues trengganu kitee..

Ubuntu (pronounced /uːˈbʊntuː/ oo-BOON-too),is a computer operating system based on the Debian GNU/Linux distribution.It is named after the Southern African ethical ideology Ubuntu ("humanity towards others")and is distributed as free and open source software with additional proprietary software available. Ubuntu provides an up-to-date, stable operating system for the average user, with a strong focus on usability and ease of installation. Web statistics suggest that Ubuntu's share of Linux desktop usage is about 50%,and upward trending usage as a web server.


Yeah..aku pkai ubuntu 10 skrg.. b4 dis xtaw bende pon menatang alah ni.. bkn sbb aku buta IT.. tp dah mmg bende ni buta..

-----------------------------------------------------------------------------------------

karim benzema,ruud van nistelrooy, ronaldinho xdpat main world cup.. negara diorg dah berlebih2 player mantap.. bile la Malaysia nk mcm tu.. nak masuk world cup jgn harap.. kelayakan piala Asia pon x lepas2.. mybe datuk nicol david n datuk lee chong wei patut main bola plak harumkan nama Malaysia..

bior games lain kite ade jugak la menang.. tp bola sepak adalah raja segala permainan.. mybe sbb yg terer2 main bola lebih pilih masa depan cerah.. diorg xnk main lg,, sambung blajar kat Medan ke.. tu contoh jek...

------------------------------------------------------------------------------------------

untuk Qurratu..

antara futsal dan anda.. tentunya tanpa diragu2, tanpa berfikir panjang tanpa memerah otak saya..................................... ok,nak call kjap nk bgtaw jwapan k.. :D


Saturday, May 15, 2010

yesss.. aku dh buat akaun formspring....


aku berumur 23 tahun

membesar seperti orang lain yang penuh dgn kasih sayang..
alhamdullah aku bersyukur sbb dilahirkan di negara Malaysia...
Malaysia negara yang aman..
Malaysia adalah terbaik..
setelah melanjutkan stadi kat sini..
bertambah2 syukur aku sbb negara aku adalah Malaysia..
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sndri..
sumpah negara aku hujan emas lagi drpd negeri sini..

NAMUN...
23 tahun aku hidup...
pernah ke Malaysia masuk World Cup (yesss.. agak keterlaluan)
pernah ke Malaysia mng Thomas (1992 aku hanyalah seorang budak comel yg tdak tahu apa2)
pernah ke Malaysia menang emas olimpik??...
aku nak bersorak gilerrrr babi bile Malaysia menang sumthing
aku nk crite kehebatan Malaysia kat anak cucu aku..

ok.. abes part emosional sbb Malaysia kalah Piala Thomas..
hidup yg membosankan perlu diteruskan..
majulah sukan untuk negara..

satu jek crite yg kita dpt bgtaw anak2 cucu kite nnti -->
"zaman atuk dulu, time Malaysia main, pengulas hebat giler bermadah2 ulas match yg x seberapa sengit..siap batuk2 dulu nk cari point"
selain ditambah Malaysia pernah menang sea games 2009...

sekian coretan di pagi hari.. alhamdulillah hari ni subuh x gajah..

yang benar,
kipas susah mati Malaysia dan Manchester United...


Friday, May 14, 2010

Hafiz Hashim... hmmmm....


solat adalah tiang agama
jika kita meninggalkan solat..
bermakna kita meruntuhkan agama..
cara solat yang bagus adalah solat Nabi Muhammad
iaitu
1- di awal waktu
2- di tempat azan kedengaran
3- secara berjemaah

selamat beramal...

Monday, May 10, 2010

gosok gigi pagi dan malam amatlah baik untuk kesihatan.. sila amalkan..

sebelum kakak aku crite pasal hobi baru adik kitorg.. baik aku upload dulu pic2 cun ni.. keh2...
anyway... Malaysia bakal melahirkan pemain tenis wanita.. seorang Anna konikova (btol ke eja??).. atau maria sharapova...




-diajar oleh pemain vateran yang masih mewakili Kementerian Kesihatan Terengganu.. peace ayah.. :) -



-mula bermain sendiri.. rashid sidek dulu mcm ni jugak b4 menang piala thomas.. -



fulamak... nicol david pon takot kalo tgk pic ni




penat berlatih.. minum seketika



alamak.. manager pon main jugak.. peace ibu.. :)

Saturday, May 8, 2010

penganggur berjaya

ketika warkah ini dibaca..
hatiku mungkin sudah sedih..
sedih tetapi dalam masa sama berbangga..
impian kita tidak tercapai..
cita-cita kita dirampas orang..
namun segala keajaiban mungkin berlaku..
kita tidak minta semua ini berlaku..
ingatlah,kita telah berusaha..
berusaha sebaik mungkin..
restu ayah bonda sentiasa mengiringi..

wahai kekasih..
kita tidaklah serumit kisah Adamaya
kita ada kekuatan..kisah tersendiri..
semua orang mencemburui kita..
semua org membenci kita..
tapi ingatlah..
mereka semua takot dgn kita..
berjuanglah ke titisan darah terakhir..

untukmu Manchester United dan Real Madrid..





Saturday, May 1, 2010

melalui hari-hari sebagai penganggur memang membosankan jiwa dan raga serta akal yang sihat


Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia

member aku ckp, tu lagu crite Adamaya..
aku x tgk pon...

balik Malaysia bru ni pon x layan..
x suke la crite2 romantik mcm ni..
bkn jek crite, iklan psal crite ni pon aku benci tgk..
sapa yg tgk Adamaya mmg mamat jiwang la..
aku macho beb.. tgk crite perang2 jek..

x layan crite mcm ni..

astaghfirullah.. aku tipu.. mintak maaf sume..



kalau Aidil tgk pic ni mesti die kagum.. kagum sbb kitorg dh main utk Spain..