Sunday, May 30, 2010

saya anak Malaysia


Tahun itu adalah tahun mereka. Pada setiap hari yang mereka lalui, mereka berharap semoga piala dunia tahun ini adalah milik negara mereka. Pasti... tahun ini adalah tahun milik Sepanyol. Pasti! Itulah kegembiraan dan itulah harapan rakyat Sepanyol kerana piala dunia tahun itu berlangsung di sana. Tanpa mereka tahu, mereka sekali lagi akan kecewa.

Jauh di Amerika Selatan, skuad yang dicanang-canangkan sebagai skuad paling berbakat di dunia sedang gigih menjalankan persiapan. Tidak ada yang kurang. Mereka ada Junior, Falcao, Socrates, Zico, Serginho dan Eder. Semua serapah sudah cukup cuma belum diuji di padang rumput.

Brazil 1982 - penuh bakat

Kembali ke Eropah, di sebuah stadium yang kosong di Itali, kelibat seorang pemain yang bakal menggegarkan piala dunia tahun itu sedang gigih berlatih. Dia bukan sandaran utama tetapi sesuatu akan terjadi, sesuatu yang akan menobatkannya menjadi lagenda yang bernama Paolo Rossi.

Rossi, tengah tak sedap hati.

Jauh di Argentina, pekik tawa pemain bercampur baur dengan satu semangat, semangat mahu mempertahankan Piala Dunia 1978. Di sebalik kelibat pemain-pemain yang penuh semangat itu, terselit seorang legenda yang sedang dalam pembikinan. Piala dunia tahun itu adalah yang pertama untuknya, piala dunia yang akan mengajarkan erti perjuangan, dan hari-hari Deigo Maradona pun semakin hampir.

Maradona, kalau cikgu disiplin sekolah nampak, siap rambut dia

Di Eropah Barat, di hujung padang berdiri satu susuk pemain, memandang jauh ke langit Perancis. Dia sedang memasang azam yang kukuh. Dia mahu menjadi yang terbaik dan dia mahu menjadi yang paling hebat. Dia mahu menunjukkan kepada dunia siapa Michel Platini.

Platini, agak kacak

Sementara itu jauh di hujung benua Asia. Di sebuah negara yang masih memegang kuasa pengeksportan getah dunia, seorang lelaki menatap akhbar dengan wajah yang kecewa. Tahun itu, Kementerian Penerangan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos siaran langsung Piala Dunia 1982.

Mungkin kerajaan mahu berjaga-jaga ekoran kos pilihan raya umum 1982, ataupun mungkin juga perbendaharaan sudah berkurang kerana gigihnya kerajaan melaksanakan Projek Serbuan Subuh, membeli semua saham Guthrie di pasaran saham negara penjajah Mungkin juga kerajaan tidak mahu adanya judi sukan.

Mungkin juga kerana Kementerian Penerangan tahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ada televisyen. Jauh di pinggir Sarawak dan Sabah, masih ramai rakyat yang lebih khuatir berkenaan tanaman koko dan kelapa mereka. Ada waktu penduduk itu menenangkan hati dengan meminum kepala ataupun mengulum biji koko mentah yang masih manis. Namun, tidak ada siapa pun tahu apa sebab sebenarnya.

Lelaki yang kecewa itu pantas mencapai kertas dan pen. Dia mahu berbuat sesuatu. Biarlah kerajaan dengan masalahnya. Biarlah rakyat yang lebih gemar di kebun koko dan kelapa bergelumang dengan nyamuk, tetapi dia tetap mahu siaran langsung Piala Dunia 1982. Tidak mungkin dia sekadar duduk sambil mengharap Dr. Mahadir membuat sesuatu. Tidak mungkin....

Lalu pada suatu hari yang baik, sebuah akhbar menyiarkan surat lelaki itu. (khabarnya lelaki itu adalah wartawan NST)..Sekiranya kerajaan tidak ada wang, jadi biarlah kita rakyat Malaysia yang menyumbangkan wang. Entah daripada mana semangat itu datang, tanpa mengira kaum, agama dan parti, kesemuanya menyokong cadangan itu. Satu dana dibentuk, curahan wang datang mencurah-curah. Semuanya demi Piala Dunia 1982.

Jauh sebelum Najib melaungkan 1 Malaysia, rakyat Malaysia sudah bersatu. Hampir dua juta sudah terkumpul namun ia masih jauh daripada sasaran. Pada saat penuh emosi itu akhirnya syarikat swasta tanpa diarah-arah melangsaikan selebihnya. Rakyat Malaysia tersenyum, dunia memandang kagum.

Pada 13 Jun 1982, beberapa minit sebelum perlawanan sulung Argentina menentang Belgium, pada saat semua televisyen dunia dikuasai iklan para penaja, di televisyen Malaysia terbit satu rangkaian kata-kata penuh keramat.... SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.


bukan kesemua perlawanan yang ditaja oleh rakyat malaysia. hanya perlawanan-perlawanan pusingan kedua dan juga melibatkan 'kumpulan maut' di mana brazil, argentina dan italy yang dipilih untuk ditayangkan ketika itu. 2 perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir pula ditaja oleh sebuah syarikat korporat.

hanya ada 6 (xtaw btol ke x) perlawanan yang dipilih memandangkan jumlah wang yang dikumpulkan pada peringkat awal tidak mencukupi dan pemilihan lebih berkisar pada perlawanan 'group of death' sahaja. (perlu dimaklumkan, piala dunia ketika itu menggunakan format berbeza. selepas peringkat pertama, 12 pasukan akan dipecahkan kepada 4 kumpulan di mana pemenang akan layak ke separuh akhir

pada peringkat separuh akhir, dana sudah susut dan pelancaran untuk memenuhkan dana dimulakan semula, dan di peringkat ini, salah satu syarikat rokok telah bersetuju untuk menampung dana tersebut dan rakyat malaysia sudah tidak perlu lagi menghimpunkan duit untuk menyaksikan pertandingan piala dunia lagi. memang ketika itu, piala dunia hanya boleh diikuti dengan berita=berita di akhbar sahaja dan konsep menyaksikan perlawanan secara langsung begitu asing. hanya perlawanan antarabangsa yang melibatkan pasukan negara yang bermain di stadium merdeka yang disiarkan ketika itu. selepas piala dunia 1982 itu barulah perlawanan=perlawanan bolasepak antarabangsa dapat diikuti hasil dari tajaan syarikat korporat terutamanya syarikat pengeluar rokok.

malaysia ketika itu tidak semewah sekarang. pada 1982, malaysia ketika itu masih sebuah negara berasaskan pertanian, mahathir baru mula menggerakkan negara menjadi sebuah negara perindustrian yang kita ada seperti sekarang.

Pada tahun 1982, rakyat Malaysia akhirnya mampu melihat bagaimana barisan penuh bakat Brazil tumpas pada permainan penuh disiplin milik Itali. Pada waktu yang sama harapan rakyat Malaysia bagi melihat kebangkitan Algeri berakhir dengan kontroversi. Austria dan Jerman dituduh berkonspirasi menidakkan peluang Algeria, negara kecil yang membuatkan penduduknya histeria.

Skuad Jerman Barat yang sistematik dan kolar jersi pun boleh tahan lebar

Pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung perlawanan terhebat piala dunia 1982, Jerman Barat seri tiga sama dengan barisan yang dikemudi pemain penuh inspirasi Michel Platini, yang akhirnya, impian Platini lebur kerana penalti.

Pada waktu itu jugalah buat pertama kali rakyat Malaysia melihat kelibat bakal legenda dunia, Deigo Maradona yang diberikan kad merah kerana darah mudanya. Dan pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia melihat kelincahan pemegang kasut emas Piala Dunia 1982, Paolo Rossi membenamkan Jerman pada perlawanan akhir.

Namun, pemenang utama Piala Dunia 1982 adalah rakyat Malaysia.


p/s.. aku just copy paste dari sokernet.blogspot.com b4 dis xtaw menahu.. aku idup lima tahun lpas tu.. ayah mybe terlupa kot nk crite.. balik nnti nk tny.. haha.. (hopefully crite btol la ni sbb website tu mmg gila2)

glory malaysia glory.. semangat mcm ni yg kite nak.. semangat usaha sndri jgn mengharap sponsor jek... huhu..

No comments: