Thursday, October 30, 2008

Manchester United...Glory2 ManUtd..



-Berbatov...skill yg mantap gler....glory2 MU.....
-cristiano mengganas lagi musim ni...kejar Liv.Chelsea n Arsenal....

ingatlah....

Bila kau letih dan hilang semangat,
ALLAH TAHU betapa
kau telah mencuba sedaya-upaya...

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
ALLAH TELAH MENGIRA
titisan air matamu...

Bila kau ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
ALLAH SETIA
di sisimu...

Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan,
ALLAH ADA
JALAN PENYELESAIANNYA...

Bila ada yang tak bererti buatmu, keliru, kecewa...
ALLAH
ADALAH JAWAPANNYA...

Wednesday, October 29, 2008

moral of da story

dlm hidup ini..ada 2 jalan yg kite perlu pilih...
jalan yg salah dan jalan yg benar..
jalan yg salah amat mudah n senang kite lalui...destinasinya pun baik..namun kita tdak sedar..yg kesenangan itu sementara n kita sebenarnya LOSER...
jalan yg benar mmg pahit n susah di lalui..walaupun destinasi kita kurang baik..namun kejayaan adalah milik kita kerana kita tetap MENANG...

Ibubapa adalah segala2 nya untuk kite...
die berhak membuat keputusan untuk kita..
jadi..jgn kecewakan n sakiti hati ibubapa..

p/s...mood selepas tgk DILWALE DULHANIA LEJAYENGE...HAHAHAHAHAHA...

Sunday, October 26, 2008

semayang subuh...

baru lepas solat subuh berjemaah..huyooo...boleh kire dgn jari tangan jek brape kali aku solat subuh berjemaah kat sini....rosak2...
tu pun sbb x tdo mlm....padahal pahala org jemaah subuh tu sama dgn solat sepanjang malam...waaaaa..ni la...ilmu dh la sedikit..tp x amalkan...

teringat plak kat skolah dulu...slalu smayang subuh jemaah...walaupun sbb disuruh n dikejar oleh ustaz..tp mcm best dulu2...
lepas smayang..zikir rmai2..selawat keatas Rasulullah..walaupun muka x ikhlas n ngntok gler...haha..really miss dat time..
lpas smayang berebut2 gi dewan makan..sarapan pagi...beratur panjang..huhu.. time senior..dahla x beratur...amek makanan lebih plak..haha...

p/s..xtdo malam siapkan keje endo...lgpun balik futsal dh lewat dh...haha..

Saturday, October 25, 2008

Syaitan2...



fikir-fikirkan la...apepon...try tgk kat cni... KLIK

Thursday, October 23, 2008

Lelaki..ingatlah...

seorang bayi..bila dilahirkan adalah seorang lelaki..amatlah berat peranan yg akan dipikulnya...
selain menjadi khalifah di bumi Allah ini..lelaki juga mempunyai peranan dan tanggungjawab laen bersama...dan bertambah banyak beban yg dipikulnya..

jika tidak dilaksanakan dgn betul peranan dan tanggungjawab itu..perempuan la yang akan menarik nya di akhirat nnti..dia akan dipersalahkan kerana tidak dapat menjaga dan melaksanakan amanah Allah..

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat,membuat dosa..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,keluar rumah dgn aurat terbuka..tidak menghormati org tua dan saudara mara... apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang- abangnya.Abangnya la sebagai wali,sebagai org tua kepada wanita itu...... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,hanya mendiamkan diri sahaja apabila ibunya lalai dgn godaan dunia, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S. W. T.:-

Wednesday, October 22, 2008

Pestaboal Merdeka

Malaysia dh smpai separuh akhir..
lwn Myammar 23hb ni...
peringkat group mng dgn Afghanistan 6-0,mng dgn Sierra Lions 4-0 n mng dgn Nepal 4-0..

tp still org kutuk2 lg team Malaysia..wei.tlg la...kalah kutuk,,mng kutuk...
peminat yg dtg pon skit jek...
kalo kat Indon...match antara daerah pon rmai gler dtg bg support..seyes..melebihi yg dtg tgk Malaysia main masa pestabola merdeka lwn afghanistan tu...
Hatta player England sekalipun merayu kat fans diorg..sruh dtg rmai2 kat stadium..
ni..dtg pon x..yg taw kutuk2...


mana fans Malaysia yg banyak mcm dulu2....



Player Malaysia dh mantap2....






p/s majulah sukan utk negara....penyokong adalah player yg ke 12 Malaysia...



Saturday, October 18, 2008

French Kiss



Pernahkah anda mendengar tentang ‘french kiss’ iaitu kucupan paling ‘basah’ di antara ciuman lain. Ia bukan saja mengasyikkan namun air liur yang terhasil dari ciuman ini akan membantu mencuci bersih mulut anda dari bakteria. Malah mampu juga mencegah pembentukan plak. (Plak adalah lapisan tipis pada gigi yang mengandungi bakteri,product bakteri n sisa mknn..

Perkara ini bukan rekaan sebaliknya berdasarkan satu laporan yang di terbitkan dalam jurna American Dental Association. Akan tetapi laporan ini juga mengatakan bahawa mereka tidak menyarankan anda berciuman setelah makan. Untuk mencegah plak, menggosok gigi masih merupakan pilihan yang terbaik.

Selain baik ini kebersihan mulut dan gigi, french kiss juga melatih semua otot yang ada di muka. Tak hairanlah jika pasangan yang selalu berkucupan akan dilihat lebih muda dan lebih bahagia.

Lagi satu berita yang menggembirakan wanita tentang hal ciuman ini adalah ia dapat membantu anda menurunkan berat badan. Ciuman yang hangat membara dapat membakar sampai 2 kalori per minit (tiga kali ganda metabolisme anda).<--------

p/s-dlm al-Quran sendiri mnyebut siwak/bersugi adlhcara terbaik membersihkan oral cavity.
-bercium boleh turunkan berat badan???....baik main futsal..dpt gak berpeluh..haha..
-french kiss???....dgn bini xpe la...dgn awek/pkwe..HARAM....

Sunday, October 12, 2008

Aku bimbang...

Aku bimbang. Sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit

Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton siaran realiti,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..

TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.

Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH