Wednesday, June 8, 2011

surat untuk kekasih

kehadapan
Pihak Berkenaan
Bangunan Pihak Berkenaan,
20050, Kuala Terengganu
Terengganu.

tuan,
saya adalah pelajar tajaan pihak tuan yang sedang menuntut di salah satu universiti terkemuka di Indonesia dalam jurusan lubang mulut manusia.terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana pihak tuan telah membantu saya dan keluarga dalam mewujudkan impian dan cita-cita murni untuk menjadi org berguna kepada masyarakat.

adapun tujuan surat ini ditulis saya ingin menyampaikan permintaan atau permohonan saya dan kawan-kawan di sini agar pihak tuan dapat segera memasukkan elaun sara hidup untuk semester depan. walaupun mengikut jadual wang akan dibagi pada awal bulan 7, namun kami disini amatlah memerlukan wang tersebut.

untuk pengetahuan pihak tuan, kami bukan menggunakan wang tersebut untuk berjoli atau membuang ke tempat x sepatutnya.. apatah lagi menggunakan wang tersebut untuk membeli bende-benda yg menjadi kehendak.. buktinya telefon gengam saya sekarang sudah tidak dapat menjalankan fungsinya untuk menghantar dan menerima SMS.. malah, kasut dan beg sudah koyak rabak..

sesungguhnya untuk pengetahuan pihak tuan, kami amat bersungguh-sungguh dalam mengejar impian dan cita-cita untuk tamat sebagai graduan ahli lobang mulut manusia. wang kami setiap hari mengalir bagai air terjun sekayu yang mengalir deras. sudah sedia maklum, untuk melakukan perawatan di lubang mulut amatlah mahal sekali. begitu la kami disini.. pesakit perlu di cari sendiri.. jadi segala bayaran perawatan kami yg tanggung.. itu belum lagi jika kami menggunakan khidmat "agen" yang mencari pesakit untuk kami..

lagipula, tempat yang kami tinggal dinamakan Sumatera Utara dipendekkan jadi SUMUT kemudian dipanjangkan lagi jadi Semua Urusan Menggunakan Uang Tunai.. Uang=wang.. segala benda berkaitan dengan duit.

kami harap pihak tuan dapat menimbangkan permintaan saya ini.. kami sudah segan meminta wang dari ibubapa kami.. adik-adik kami lebih memerlukan wang itu untuk belajar.. semoga pihak tuan dapat mempercepatkan urusan kemasukan elaun sara hidup untuk kami.. kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan setelah grad kami akan menabur bakti di negeri kita yg tercinta...

sekian terima kasih

2 comments:

queue said...

kahkahkahkahkah!!!!bengom...hantar la surat nih...tkdop kn dak fkg kai hp hebat2?kekgi style nawok plop statement tak berjoli tuh...keh3...anta la surat nih...saye suke.. :D

harzharun said...

siang nggoh....i sudah kering kontang bln ni...sbb bli brg baby..huuuuuuuuu