Sunday, September 7, 2008

Mulut berbau ketika puasa??????....


Halitosis atau bau mulut sangat tidak menyenangkan samada dari mulut orang lain atau kita sendiri. Halitosis ini dapat disebabkan oleh factor local dari rongga mulut seperti hygiene oral yg kurang baik atau factor sistemik iaitu bagi penderita diabetes mellitus, jangkitan paru2 serta jangkitan pada gastrointestinal. Namun puasa juga boleh mengakibatkan munculnya mouth odour disebabkan tidak aktifnya pengunyahan. Pengunyahan yg tidak aktif mengakibatkan penghasilan saliva(air liur) berkurang oleh kelenjar liur sehingga keadaan rongga mulut menjadi kering dan secara automatic proses pembersihan dalam mulut pun berkurang.
Dalam masa yg sama zat yg dsbt volatile sulfur compound [VSCs] akan meningkat sehingga menimbulkan bau yang tidak sedap. VSCs adalah zat yang mengandung hidrogen sulfid, metil mercaptan, dan dimetil disulfid yang merupakan produk bakteria atau flora normal rongga mulut. Dengan meningkatnya kadar VSCs ini, maka aktiviti bakteria anaerob dalam mulut pun akan turut meningkat. Aktiviti bakteria inilah yg menyebabkan bau VSCs tercium oleh indera penciuman.

Antara cara mengatasi pengurangan penghasilan saliva adalah dengan banyak meminum air masak atau mengunyah chewing gum. Tapi bagi orang yg sedang berpuasa, sudah tentu tidak dapat melakukannya kerana akan membatalkan puasa. Cara yg plg mujarab adalah dgn membaca Al-Quran. Maha Benar Allah dengan segala firmanNya, selain mendatangkan pahala yang berlipat ganda apabila dilakukan secara ikhlas, tilawah al-Qur’an pada saat berpuasa ternyata dapat pula mengurangi bau mulut [halitosis/fetor ex ore]


Tilawah Al-Qur’an secara tartil [mentajwidkan huruf dan mengenal waqaf] pada saat berpuasa dapat mengaktifkan otot-otot lidah, bibir, dan pipi. Dengan aktifnya otot-otot tersebut maka kelenjar liur yang terdapat di bawah lidah, dekat telinga, dan di hujung rahang bawah, juga akan lebih aktif untuk mengalirkan air liur ke dalam rongga mulut. Bila aliran air liur ke dalam rongga mulut telah meningkat, maka proses pembersihan secara mekanis juga akan terjadi. Maka rongga mulut insyaAllah tidak mengeluarkan bau yg tidak menyenangkan.
Walaubagaimanapun, jadikanlah Ramadhan bulan untuk mengejar keredhoaanNya. Tilawah Al-Quran hanyalah salah satu di antara banyak2 amalan mulia yg dapat kita lakukan. Jika selama ini kita hanya membaca Quran sekali seminggu, Ramadhan ini tingkatkanlah dan perbanyakkan membaca Kalam Mulia ini.
>
>
>
mybe ade org ckap...kite berbual2 banyak pn dapat aktifkan kelenjar ludah..
tp ade pahala ke borak2 kosong???....pikirkanla... :)

2 comments:

nurul_a said...

seeee....dis why i said "how i love all of ur stories.."
very informative and useful =)

calypso said...

gle ah ko. jd yang kte bincang jelly ngan nata de coco tu mcmane ek? emmmmmmmmm......... jelllllllllllyyyyyy.........