Showing posts with label glory2 ManUtd... Show all posts
Showing posts with label glory2 ManUtd... Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Mesut Ozil main Manchester United

kalau kamu jatuh untuk kali ke 7..
bangun la untuk kali ke 8..

kejayaan tidak dilihat cepatnya peroleh hasil
tetapi dilihat cepatnya bangun dari kekalahan..

tiada yang mustahil bagi Allah..
nothing impossible --> hanya untuk Allah..
bukan nike..

yakin dengan janji Allah..
janji Allah untuk membantu org yg tolong agama Nya..
janji Allah , azab yg diberikan kepada yg melanggar perintahNya..


sebagai selingan...
kat golok dah de jual ke jersi ni????


Sunday, May 30, 2010

saya anak Malaysia


Tahun itu adalah tahun mereka. Pada setiap hari yang mereka lalui, mereka berharap semoga piala dunia tahun ini adalah milik negara mereka. Pasti... tahun ini adalah tahun milik Sepanyol. Pasti! Itulah kegembiraan dan itulah harapan rakyat Sepanyol kerana piala dunia tahun itu berlangsung di sana. Tanpa mereka tahu, mereka sekali lagi akan kecewa.

Jauh di Amerika Selatan, skuad yang dicanang-canangkan sebagai skuad paling berbakat di dunia sedang gigih menjalankan persiapan. Tidak ada yang kurang. Mereka ada Junior, Falcao, Socrates, Zico, Serginho dan Eder. Semua serapah sudah cukup cuma belum diuji di padang rumput.

Brazil 1982 - penuh bakat

Kembali ke Eropah, di sebuah stadium yang kosong di Itali, kelibat seorang pemain yang bakal menggegarkan piala dunia tahun itu sedang gigih berlatih. Dia bukan sandaran utama tetapi sesuatu akan terjadi, sesuatu yang akan menobatkannya menjadi lagenda yang bernama Paolo Rossi.

Rossi, tengah tak sedap hati.

Jauh di Argentina, pekik tawa pemain bercampur baur dengan satu semangat, semangat mahu mempertahankan Piala Dunia 1978. Di sebalik kelibat pemain-pemain yang penuh semangat itu, terselit seorang legenda yang sedang dalam pembikinan. Piala dunia tahun itu adalah yang pertama untuknya, piala dunia yang akan mengajarkan erti perjuangan, dan hari-hari Deigo Maradona pun semakin hampir.

Maradona, kalau cikgu disiplin sekolah nampak, siap rambut dia

Di Eropah Barat, di hujung padang berdiri satu susuk pemain, memandang jauh ke langit Perancis. Dia sedang memasang azam yang kukuh. Dia mahu menjadi yang terbaik dan dia mahu menjadi yang paling hebat. Dia mahu menunjukkan kepada dunia siapa Michel Platini.

Platini, agak kacak

Sementara itu jauh di hujung benua Asia. Di sebuah negara yang masih memegang kuasa pengeksportan getah dunia, seorang lelaki menatap akhbar dengan wajah yang kecewa. Tahun itu, Kementerian Penerangan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos siaran langsung Piala Dunia 1982.

Mungkin kerajaan mahu berjaga-jaga ekoran kos pilihan raya umum 1982, ataupun mungkin juga perbendaharaan sudah berkurang kerana gigihnya kerajaan melaksanakan Projek Serbuan Subuh, membeli semua saham Guthrie di pasaran saham negara penjajah Mungkin juga kerajaan tidak mahu adanya judi sukan.

Mungkin juga kerana Kementerian Penerangan tahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ada televisyen. Jauh di pinggir Sarawak dan Sabah, masih ramai rakyat yang lebih khuatir berkenaan tanaman koko dan kelapa mereka. Ada waktu penduduk itu menenangkan hati dengan meminum kepala ataupun mengulum biji koko mentah yang masih manis. Namun, tidak ada siapa pun tahu apa sebab sebenarnya.

Lelaki yang kecewa itu pantas mencapai kertas dan pen. Dia mahu berbuat sesuatu. Biarlah kerajaan dengan masalahnya. Biarlah rakyat yang lebih gemar di kebun koko dan kelapa bergelumang dengan nyamuk, tetapi dia tetap mahu siaran langsung Piala Dunia 1982. Tidak mungkin dia sekadar duduk sambil mengharap Dr. Mahadir membuat sesuatu. Tidak mungkin....

Lalu pada suatu hari yang baik, sebuah akhbar menyiarkan surat lelaki itu. (khabarnya lelaki itu adalah wartawan NST)..Sekiranya kerajaan tidak ada wang, jadi biarlah kita rakyat Malaysia yang menyumbangkan wang. Entah daripada mana semangat itu datang, tanpa mengira kaum, agama dan parti, kesemuanya menyokong cadangan itu. Satu dana dibentuk, curahan wang datang mencurah-curah. Semuanya demi Piala Dunia 1982.

Jauh sebelum Najib melaungkan 1 Malaysia, rakyat Malaysia sudah bersatu. Hampir dua juta sudah terkumpul namun ia masih jauh daripada sasaran. Pada saat penuh emosi itu akhirnya syarikat swasta tanpa diarah-arah melangsaikan selebihnya. Rakyat Malaysia tersenyum, dunia memandang kagum.

Pada 13 Jun 1982, beberapa minit sebelum perlawanan sulung Argentina menentang Belgium, pada saat semua televisyen dunia dikuasai iklan para penaja, di televisyen Malaysia terbit satu rangkaian kata-kata penuh keramat.... SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.


bukan kesemua perlawanan yang ditaja oleh rakyat malaysia. hanya perlawanan-perlawanan pusingan kedua dan juga melibatkan 'kumpulan maut' di mana brazil, argentina dan italy yang dipilih untuk ditayangkan ketika itu. 2 perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir pula ditaja oleh sebuah syarikat korporat.

hanya ada 6 (xtaw btol ke x) perlawanan yang dipilih memandangkan jumlah wang yang dikumpulkan pada peringkat awal tidak mencukupi dan pemilihan lebih berkisar pada perlawanan 'group of death' sahaja. (perlu dimaklumkan, piala dunia ketika itu menggunakan format berbeza. selepas peringkat pertama, 12 pasukan akan dipecahkan kepada 4 kumpulan di mana pemenang akan layak ke separuh akhir

pada peringkat separuh akhir, dana sudah susut dan pelancaran untuk memenuhkan dana dimulakan semula, dan di peringkat ini, salah satu syarikat rokok telah bersetuju untuk menampung dana tersebut dan rakyat malaysia sudah tidak perlu lagi menghimpunkan duit untuk menyaksikan pertandingan piala dunia lagi. memang ketika itu, piala dunia hanya boleh diikuti dengan berita=berita di akhbar sahaja dan konsep menyaksikan perlawanan secara langsung begitu asing. hanya perlawanan antarabangsa yang melibatkan pasukan negara yang bermain di stadium merdeka yang disiarkan ketika itu. selepas piala dunia 1982 itu barulah perlawanan=perlawanan bolasepak antarabangsa dapat diikuti hasil dari tajaan syarikat korporat terutamanya syarikat pengeluar rokok.

malaysia ketika itu tidak semewah sekarang. pada 1982, malaysia ketika itu masih sebuah negara berasaskan pertanian, mahathir baru mula menggerakkan negara menjadi sebuah negara perindustrian yang kita ada seperti sekarang.

Pada tahun 1982, rakyat Malaysia akhirnya mampu melihat bagaimana barisan penuh bakat Brazil tumpas pada permainan penuh disiplin milik Itali. Pada waktu yang sama harapan rakyat Malaysia bagi melihat kebangkitan Algeri berakhir dengan kontroversi. Austria dan Jerman dituduh berkonspirasi menidakkan peluang Algeria, negara kecil yang membuatkan penduduknya histeria.

Skuad Jerman Barat yang sistematik dan kolar jersi pun boleh tahan lebar

Pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung perlawanan terhebat piala dunia 1982, Jerman Barat seri tiga sama dengan barisan yang dikemudi pemain penuh inspirasi Michel Platini, yang akhirnya, impian Platini lebur kerana penalti.

Pada waktu itu jugalah buat pertama kali rakyat Malaysia melihat kelibat bakal legenda dunia, Deigo Maradona yang diberikan kad merah kerana darah mudanya. Dan pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia melihat kelincahan pemegang kasut emas Piala Dunia 1982, Paolo Rossi membenamkan Jerman pada perlawanan akhir.

Namun, pemenang utama Piala Dunia 1982 adalah rakyat Malaysia.


p/s.. aku just copy paste dari sokernet.blogspot.com b4 dis xtaw menahu.. aku idup lima tahun lpas tu.. ayah mybe terlupa kot nk crite.. balik nnti nk tny.. haha.. (hopefully crite btol la ni sbb website tu mmg gila2)

glory malaysia glory.. semangat mcm ni yg kite nak.. semangat usaha sndri jgn mengharap sponsor jek... huhu..

Saturday, May 8, 2010

penganggur berjaya

ketika warkah ini dibaca..
hatiku mungkin sudah sedih..
sedih tetapi dalam masa sama berbangga..
impian kita tidak tercapai..
cita-cita kita dirampas orang..
namun segala keajaiban mungkin berlaku..
kita tidak minta semua ini berlaku..
ingatlah,kita telah berusaha..
berusaha sebaik mungkin..
restu ayah bonda sentiasa mengiringi..

wahai kekasih..
kita tidaklah serumit kisah Adamaya
kita ada kekuatan..kisah tersendiri..
semua orang mencemburui kita..
semua org membenci kita..
tapi ingatlah..
mereka semua takot dgn kita..
berjuanglah ke titisan darah terakhir..

untukmu Manchester United dan Real Madrid..





Monday, April 19, 2010

tournament futsal ahad nih

sambungan entry lepas...
mengenai satu..
ye..
satu.. satu.. (nyanyi mcm lagu aizat..)

yepp.. satu mata beb...

slama ni korg gelakkan MU ek.. gelakkan Real..
skrg??.. haha...

Monday, March 22, 2010

apabila Park Ji Sung score..

terima kasih pengerusi majlis..
yang berbahagia tuan pengetua..

yang dihormati penolong2 kanan.. guru2... dan rakan2 sekalian..

berdirinya saya disini adalah untuk menyatakan
kesedihan saya
apabila Mancheter United telah menang dgn Liverpool.. sedih???... iya.. sbb dpat menang 2-1 jek dgn club kedudukan 6th kat table.. mmm.. memalukan...
ntah2 apa2 MU main...
namun hati ini lagi sedey
apabila fans liverpool
masih lagi dan lagi menyangkal kemenangan ini...

iyalah.. alasan biasa LOSER..
-player Liv kene kad jek

-player MU xkene kad
-ref kene rasuah la...
(mmg fans Liv sume hati sensitif ek.. n suke manipulate apa terjadi???)

namun,
kemenangan tetap kemenangan...
agak susah nampaknya MU nk menang EPL apatah lg UCL...

lpas ni MU lwan team2 hebat2.. lg hebat dari liverpool...
manchester city... Chelsea.. apepon.. glory2 MU glory....
dah terbongkar logo MU ada uns
ur2 freemason..
aku cadangkn MU pkai logo trengganu..

sama hebat gak.
. ganu masuk semi final piala FA...
peteh ganu peteh..

Sunday, March 21, 2010

Sunday, February 28, 2010

malam ini.. ya.. malam ini..





mmm.. mangkok ni 2 kali patah kaki.. 2-2 kaki kene dlm masa 18 bulan...




mangkok yg bernama eduardo ni kene rest setahun lepas patah kaki...




ni yang terbaru.. semalam..
sume player muda..


junior pun skrg ade kat wad..
patah tulang kaki masa men futsal..


kesimpulan
bola sepak n futsal tetap menjadi pujaan hati....
"jgn bina rumah di tepi pantai kalo takut dilanda tsunami"
nak selamat main dam di kedai2 kopi...

Thursday, January 28, 2010

nasi goreng putih.. pakai daging.. pakai sayur.. telor dadar..

Manchester United vs Manchester City..
245 a.m
game best punye psal.. sanggup bersengkang mata..
kalo tido.. x dpt tgk..
maka penganggur2 terhormat di negeri yg tercinta ini pon berkumpul..
tgk SHOALIN SOCCER..
yeahhhh... dh beribu kali tgk..
tp tetap best ditonton bersama kwn2..
------------------------------------------------------
match bermula...
dung dang dung dang bola disepak 22 pemain..
keeper save sepakan..
kpala player kene baling duit syiling..
goal 2-3 bijik...
tolak2 menolak berlaku...
siku-menyiku perkara biasa..
yellow card 3-4 org...
terlepas pluang..
kejar-mengejar.... nani terbaik..
stadium riuh rendah..
rumah org bujang pon dh makin tegang..
aggregat sama.. cepatla sapa2 gol kan..
nk smayang subuh plak.. (jgn percaya)
minit 92... goal....
bersorak gumbira.. org mengaji kat masjid pon sayup2 kedengaran..
game start lg.. kalo lwn score mmg merana MU..
berdebor2... dan.. preeeettttttt...
game abes.. selesai...
balik.. amek air smayang.. solat subuh..
-------------------------------------------------------
kalo nk study penah ke aku wat cmni?? (kelemahan)
aku boleh smayang subuh di awal waktu (kelebihan)

sekian.. wassalam....

Saturday, January 23, 2010

malam minggu diisi dengan futsal...

........
5 minit lg game nk abes..
team Malaysia ketinggalan 0-2..
mcmne ni??..
sume supporters dah marah2..
jeling2.. ade beratus2 org sedia nk melempar botol air + mercun kat tgh padang..
Presiden FAM yg duk sbelah SUltan resah gelisah..
dlm ati duk menyumpah2 team Malaysia..
mcmne bleh kalah 0-2 plak ni...
b4 game presiden FAM beria2 ckp kita konperm menang..
sbb tu siap ajak Sultan tgk bola mlm tu..
yg ni bru kat stadium..
kat dpan tv umah masing2. seyes aku xleh bayangkan..
gilerrrr.... mybe dh beberapa tv pecah....
aku jeling lg kat coach tepi padang...
haishh.. nmpk gaya coach dh bukak laptop tulis surat nk pencen..
aku kene wat sesuatu..
ya.. sesuatu yg mampu ubah situasi ini..
tp.. bola game TEAM...
aku tgk sekitar aku..
Ahmad si keeper nmpk muram durja...
ye la.. bolos 2 goal.. tp aku x salahkan die...
gol dari Brazil mmg mntap....
aku tgk org len...haaaa... Abdul Murad steady...
Sameon still muka bengis... Abu Bakar berpeluh2.. die mmg kuat berpeluh.. tp aku taw.. semangat n tenaga die masih kuat..
ya.. sume masih kuat.. kite truskan perjuangann....
ayoooo semuaaaa!!!!!!!
.............................................................................................................................................

golllllllllllllllllllllll.....
ajaib...bermula dari Ghazali si defender... die melakukan hantaran jauh..
di sambut Sameon yang tidak dikawal.. through pass.. aku passing laju..
Hashim dapat kejar.. larian solo... menendang laju.. ditampan Cesar keeper Brazil..
bola muntah.. Abu Bakar sambut dan golll...
ya.. tggal lagi seminit... supporters mcm x caya..
xtaw nk bg reaksi apa... nk sorak masa dh nk abes...
tp aku laungkan juga kat kwn2.. perjuanagan masih blom selesai..
start jek game balik... masa kat papan skor dh tnjuk minit 90..
pembantu pengadil angkat board..
"3 minutes".. arghh.. 3 minit jek..
player malaysia x peduli..
die trus main..
trus mengasak...masa trus berjalan...
preeeett.. sume terkejut.. ingat masa nk abes..
owhh.. free kick utk Malaysia.. aku dijatuhkan oleh Dani Alves..
sume fans dh bangun.. sultan dah trun kat bench...
Mustafa amek free kick..
die penah ckp.. die blaja free kick dgn beckham..
xtaw btol x... Mustafa meletak bola.. undur beberapa langkah..
dan... sepak... golllll..... sebijik mcm free kick Beckham...
stadium huru hara gegak gempita... syukur...
coach simpan balik laptop.. Murad trus amek bola bwak tgh padang..
ye.. kitorg xnk extra time.. player brazil gila.. stamina kuat...
kitorg nk menang gak b4 abes masa..
game start balik... seperti dijangka,Brazil sengaja melengahkan game.. diorg nk main extra time..
fans terus bersorak.. presiden FAM xtaw nk bg reaksi apa..
tiba2.. ya.. tiba2...
aku berjaya slide Robinho.. dapat bola.. reff ckap clean tackle..
aku truas pass kat Salmon Khan.. satu2 nya player berbangsa India..
larian solo... pass kat Sameon.. Meon nk hayun kaki..
kesempatan terakhir utk Malaysia... tackle...
argh... Lucio wat tackle keras..
pengadil kata penalti. ya.. penalti...
stadium makin gemuruh.... coach tunjuk kat aku..
alamak.. aku kene amek ke.. ok.. aku yakin..
aku letak bola.. sume mata tertumpu kat aku...
aku yakin.. ibu ayah pon tgh tgk aku...
sume dh doa n restu.. tggal aku nk sepak.. Julio Cesar muka yakin jek..
aku dgn Cesar penah main sama2 kat Inter b4 aku transfer ke Old Trafford..

...........................................................................................................

arghhh.... dah azan maghrib...
asar dh smayang blom ek.. taik punya mimpi..
aku bnyk plan nk wat ptg ni.. bleh plak syok2 tido..
sakit2 badan blom reda lg smalam main bola padang.. slama ni main futsal. dh lama x main bola kat padang.. skali pancit..
ok.. kul 11 futsal lak.. rutin harian seorang penggangur...
sekian.
.
.
rindu budak ni... skripsi cepatla siap.. nk balik..

Friday, January 15, 2010

bukan entry JIWANG... harap maklum..

jam 8.00 malam..
sari berita sukan..


.


1. Pemain2 Negeri Sembilan telah menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Yang Dipertuan Besar negeri 9......Selepas ni mybe negeri2 laen akan wat bende yang sama... tp orite la drpd bg masa diorg dh tua or dh mati.mana taw 5 taon lg,yg main kat padang tu sume pangkat Dato'.. ref nk bg kad kuning pon segan silu..

2. FAM nk anta plyer yg dpt Emas suka Sea ke eropah.. skuad bwah 23taon.. mentang2 Tony Fernandes nk beli West Ham.. Apepn FAM x fikir pnjang.. kat eropah umo mcm tu dh tua bangka.. wat malu jek kat Rafael n Fabio da Silva.. Baik duit tu diorg bg kat team Malaysia bwah 17 bwak gi Eropah.. lg berbaloi.. mana taw dpt ke World Cup lpas ni..melentur buluh biar dari rebung nye.. ceewaaahh....

3. jangan duk asyik fokus kat EPL,La Liga,Serie A.. bola sepak Malaysia pon bgus pe.. mjulah sukan untuk negara anda...

sekian berita sukan..

p/s.. thesis x siap2 lagi.. ble nk masok clinic.. nk balik Mesia lg... doakan kejayaan kami..

 Mai tumse pyar karta hoo

Sunday, November 22, 2009

walau ke lubang cacing skalipun.. aku tetap kejar kau wahai dosen...

suatu malam pada tahun 2004..

ni kisah lama....saje aku teringat mlm2 begini..
tempat : skolah aku tercinta
malam tu de match England lwn Portugal..
quarter utk Euro 2004...
kitorg form 5..so,boleh bermaharajalela la..
abes prep gi masuk klas dak form 1...
kitorg curik cat warna yg bdak2 guna utk klas lukisan..
berbotol2 jugak kitorg curik..
cat setel.. skrg carik baju warna merah or putih...
ya.. merah utk Portugal..putih utk England...
mlm tu kitorg nk tgk bola..
semangat kene lebey...
yg sokong England cat muka merah dan putih..
yg sokong Portugal cat muka maroon dan hijau..
lokasi pilihan, kantin ..
sbb luas leh muat rmai org...
tp sayang satu gambar jek dpat.... nmpk x muka aku?? ekeke...


motif kitog wat cmni??..
sbb nnti masa tua ni.. ada kenangan..
tgk pic ni jek senyum sorg2...
yela.. sokong bgai nk rak... 2 meja patah...
jari mmber aku luka (melompat2 smbil angkat tgn,kena kipas kat atas)
...
penangan Euro tahun tu mmg best..
b4 start roll call setiap pagi, prefect akan announce sapa yg menang match smalam..
mlm2 curik2 tgk match kat bilik tv or kantin..
kitog anjur tournament berdasarkan team Euro... klas aku of coz la Portugal..
namun, toournament tu x dapat diteruskan kerana ade kerusuhan..
...
skolah aku kat klantan..
org klantan mmg semangat kalo bab2 yg diorg fanatik..
tgk match final ari tu la...
diorg bukan kurang ajar,, just terlampau semangat..
percayalah, kalo Malaysia main bgus bola sepak
supporter ni gak la yg akan penuhkan stadium...
supporter Kelantan leh lwn supporter ENgland la bab2 merusuh ni..
hahaa...

p/s.. motif aku post entry ni,,, suke ati aku la... :))



tgk bola kat stadium.. tp smayang jgn tinggal...
gomo klate gomo

Saturday, November 7, 2009

berpenat-penat sebelum balik raya haji..




aku mestilah sokong klate...
gomo klate gomo....

gomo klate gomo..

Sunday, November 1, 2009

aku nak siapkan skripsi.. nak coas.. abes awal.. nk kawen.. haha..


ketibaan bintang baru Sepanyol..... carlos "julu" Puyol....



tengah bersiap-siap...




itu dia.. bintang Sepanyol beraksi...

yesss.. raya haji balik...
nak makan daging lembu banyak2...
selamat hari raya haji.. :))

Wednesday, October 28, 2009

untuk mu dan dirimu..

ye..
apa2 keje nak wat.. jangan gelabah..
hatta anda seorang player futsal..
datang 3 orang team lawan nk serang..
ingat.. jangan gelabah..
jgn tackle....jgn main kasar...
nnti sia2 peluang team anda nak kejar mata..
jgn jadi mcm vidic..
sabar.. sabar hadapi musuh..
namun.. aku terkena...terjerat...

bak kata Satwa (seorang Indian)
sabar Julu.. sabar itu tangga kejayaan

alamak.. mujur die x kata sabar itu separuh dari iman
kalo x mati aku...
apepn.... perjuangan diteruskan..
menang skali.. kalah skali (sori 4 da penalti)...
kite main lagi esok...
agi idup.. agi ngelabang...
dats all..

Friday, October 23, 2009

hanya satu pintaku..


-gambar hiasan-

dengan semangat satu Malaysia...
di mana2 pon.. tetap dgn jiwa Malaysia..
walau skripsi (tesis) terbengkalai...
tournament futsal tetap kitorg masuk..
membela nasib Malaysia (kononnya)
tp team yang lain la.. team juara.. bukan team kat atas..
ahaks...
dosenku.. sila la luangkan masa bc skripsi aku..

Thursday, August 20, 2009

Manchester United 0 - Burnley 1



arghhhh..
memalukan...
Burnley kalo lawan myteam pn blom tntu mng..
tp MU kalah plak dgn Burnley..
team laen sign striker top2..
Owen gak yg jadi pilihan Fergie..
hahaha..emo2...
Penalti pn x masuk...arghh...ape daaaa.
jersi dh cun dah...main cam hampeh..
Liv kalah dgn Spurs pn ok lg...
tp rilek..
ayat mcm biasa.. baru 2nd game..
hero pelan2 naik...
GLORY2 MANUTD...

p/s.. 30% fans ManUtd dilaporkan mula ragu2 kemampuan team mereka musim ini..
60% fans plak still konfiden ManUtd hanya memberi peluang team Burnley
yg lpas ni sah2 kene belasah kat team2 besar..
10% lagi dah tukar team..haiyarkk.....

Wednesday, July 29, 2009

mggu depan start kuliah

Best player dari 2009-2010


Saturday, July 4, 2009

perhatian

anda tinggal di terengganu????
bosan dgn hidup???
rasa xtaw buat ape ble duk umah??
wat bnde sama jek setiap ari??
anda suke abeskan beras di rumah jek???
anda rasa dunia ini kecil sekecil2 nya??
anda rasa Owen tak patot main utk ManUtd??
inginkan kelainan????
JOM FUTSAL.......aku borink...

Thursday, May 28, 2009

glory ManUtd glory.. congrates Barca...

AND the winner is...







p/s..aku nk exam oral surgery ni..mmpus...bnyk x ingat...wish me luck.. glory2 manutd..