Friday, November 28, 2008

Api neraka...

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi(S.A.W) pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail:

'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Saturday, November 22, 2008

Renungan..



Hari Jumaat..
semua muslim berduyun2 ke masjid menunaikan solat Jumaat..
asyik mendengar khutbah..
kusyuk mendengar pesanan khatib..
tiba-tiba...dtg 5 orang lelaki..
siap berpakaian ala askar.Muka bengis..
membawa Machine-gun...

sambil melaungkan...

"Siapa yg beriman kepada Allah dan mengaku Muhammad pesuruh Allah..duduk di tempat masing2.... "

maka,lari lintang pukang la orang ramai menyelamatkan diri...percaya atau tidak..jumlah yg tinggal amat menyedihkan...
selepas keadaan kembali sepi,5 lelaki itu menyuruhkan khatib melanjutkan khutbah tanpa berbuat apa2..

p/s..adakah kita akan duduk di tempat kita atau ikut lari lintang pukang??..sedangkan lelaki2 itu tidak berkata pun mahu membunuh orang yg tidak lari...
-hanya sekadar renungan...

Sunday, November 16, 2008

kita akan mati jua..



sila tgk dan hayati...sama2 kite insaf..

Thursday, November 13, 2008

Cristiano Ronaldo.....


2 player hebat bergurau senda dalam bahasa klate.. terpengaruh crite 'Budak Kelantan'

p/s..go Cristiano go..

Kelebihan Ayat al-Kursi

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Sunday, November 9, 2008

Meminang...



p/s...klakar2..

Friday, November 7, 2008

Kisah menarik...

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini


p/s..aku pun xtaw apa motif aku post crite ni...hahahaa...

Wednesday, November 5, 2008

KETIKA MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.. TAGGED...

[01] Real name: = MOHD ZULFADLI BIN HARUN
[02] Nickname: JULU...IJOE...ZUL...ACIK(kat umah)....ADE GELARAN YG XLEH BGTAW..:)
[03] Status: BUJANG X TERLAJAK LG..BUJANG X LAPOK LG..
[04] Zodiac Sign: NTAH..X AMEK TAW..
[05] Gender: PERAWAN..
[06] Age: 21...
[09] Height: 165cm...tggi la tu ek..haha..
[10] Weight: 62 (ok ah tu...)
[11] Do you like yourself: YELA..KALO X SAPE LG SUKE DIRIKU INI..HAHA
13] Right or left: 2-2 LA KALO NK MANTAP MAIN FUTSAL..HAHA
[14] Are you a freak: BOLA FREAK...
[15] Hair: SEKARANG PNJANG RMBUT 5-10 CM..HAHA
[16] Skin: LICIN..KAH2..!
[17] Allergic: ALLERGIC TGK KANAk2 COMEL..RASE NK KACO..HAHA
[18] What are you doing now: BERENANG DI TGH LAUTAN
[19] What will you doing 1 hour later: BUAT KEJE LAB YG X SUDAH2..

About ur FAMILY
[21] Live with mother/father/parents/family: KELUARGA TERCINTA
[22] Siblings(included you): 5..
[23] Eldest: KAK LONG...DENTIST...SUMBER KEWANGAN KE-2 AKU..HAHA
[24] Youngest: ADIK...5 TAON..
[25] Love/hate your family: SAPE X SYG KELUARGA DIE WEI???....MESTI LA SYG..

About ~LOVE
[26] You found your another half: SINGLE IS SIMPLE..DOUBLE IS TROUBLE.
[27] If yes, who is he/she: BINI AKU LA...SAPE LG..
[28]Who you want he/she to be: HAMBA ALLAH YG TAAT.. :)
[29] Time(s) you in relationship: 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,.....
[30] Ever woo boy/girl: BANYAK2..HAHA..
[31] Anyone woo you before:LG BANYAK..RANI MUKHERJE..PRIETY ZINTA..HAHAHA
[32] Did anything wrong to your other half: MANY..
[33] What was/were the wrong you had done: TOLAK TAWARAN MAIN KAT MANCHESTER UNITED..HAHA
[34] Ever argue with your other half: CARIK2 BULU AYAM..LAMA BERCAMTUM JUGA..
[35] You with your other half since: ............
[29] Time(s) you in relationship: SOKLAN SAMA JEK...
[30] Are you straight/lesbo: YEZZAAA...ERKKK...HAHAHA
[31] Reasons you love your other half:SBB DIE BINI AKU NNTI...HAHA
[32] You and your other half in which stage: . XKENAL LG..
[33] You woo he/she or he/she woo you: . RANI MEKHERJE N PREITY ZINTA YG GEDIX..HAHAH
[34] Ever think of marry he/she: TAK2...HAHA
THE FRIENDS
[35] Your first best friend: X INGAT NAMA..SBB MASE TADIKA DULU..
[36] Your first enemy: CHELSEA.LIVERPOOL.ARSENAL...HAHAHA
[37] The friends you love the most: KWAN YG MEMAHAMI..
[38] The enemy you hate the most(1only):CHELSEA,LIVERPOOL,ARSENAL..
[39] Your most beautiful girl friend: . NTAH..XDE KOT..HAHA
[40] Your most handsome boy friend: XDE..SBB AKU PALING HENSEM..WAKAKAKA..
[41] The kind of girl you hate the most:POMPUAN GEDIXXXXXX..... :)
[42] The kind of boy you hate the most: YG XNAK MAIN FUTSAL SBB NK GI DATING...HAHA
[43] You fall in love with your close friend before: LOVE??..APE TUH???..
[44] Your best friend is your ex-lover: APE2 JEK LA..
[45] If your friend backstabbing you: BERSABOR JEK...
[46] If your friend betray you: RILEKKK...
[47] If your friend woo your lover: NO HAL LA...KITE TGK BRJAYA X..
[48] If your friends fall in love with you: KENE ISI BORANG DULU...LPAS TU INTERVIEW..
[49] If you fall in love with your best friend: DAH JODOH...

THE PEOPLE
[60] Smart people: CAN HANDLE PROB SUCCESFULLY..
[61] Stupid people:NTAH LA..
[62] Good looking people: ALWAYS SMILE..
[63] Ugly people: Keburukan juga anugerah Allah - curik ayat
[64] Funny people: ALL MY FRINED..
[65] Cute people: ADIK AKU..NURHARZLYSA..
[66] Bad people: POYOSSS...GEDIXXX..HAHHAHA..
[67] Honest people: ADE KE??
[68] Acting people: BIOR LA DIE NK BERLAKON..
[69] You are what kind of people: SUME JAWAPAN DI ATAS..HAHAHA

THE FUTURE
[78] Age to get marry: TUHAN TENTUKAN
[79] Numbers of kid(s): 14..HAHAHA..
[80] Career: DENTIST...
[81] Salary: NK KALAHKAN KAK LONG..HAHAHA
[82] Retirement age: SMPAI MATI.. :)
[84] Wishes: in plural ek??
1. MANCHESTER UNITED MNG EPL,FA N CHAMPIONS LEAGUE..HAHAA
2.MAIN BOLA BERSAMA CRISTIANO RONALDO..

VICTIM...
-FAIZ
-SARRA

p/s..mood borink..